Teman-teman diaRi_haTiku

Wednesday, December 30, 2009

..::Bisikan Subuh::..


Aidid, seorang pemuda yang dilahirkan dari keluarga berada di ibu kota tapi kekurangan kasih sayang dari kedua ibubapanya. Sejak lahir diasuh oleh pembantu.

Semakin meningkat dewasa, kehidupan semakin liar. Hilang sopan santun, hilang akal waras untuk membezakan baik buruk sesuatu. Bergaul dengan mereka yang tiada arah hidup. Berpeleseran untuk menumpang kasih sayang dari teman yang mempunyai kisah hidup yang hampir serupa.

Ditakdirkan dia ke suatu daerah yang begitu asing baginya. Kampung yang jauh dari kemodenan, keluarga yang penuh kasih sayang dan beramal soleh.

Ibarat seekor burung yang kepatah sayap. Memerlukan belas ihsan dari seseorang yang bisa merawat dan memandu arah hidup agar kembali ke pangkal jalan, jalan Allah yang satu.

Hidayah Allah itu ada di mana-mana, untuk sesiapa saja dan pada bila-bila masa. Aidid terpilih untuk menerima hidayah itu sebelum ajal menjemput beliau. Mati dalam keimanan adalah suatu nikmat yang amat besar.

Bisikan Subuh menarik penonton untuk menyedari realiti hidup yang seharusnya bergantung harap pada Rabbul Izzati. Dia lah satu2nya tempat kita memohon, memberi setulus cinta buatNya yang tanpa henti mencintai makhluk ciptaanNya walau apa keadaan.

Sesungguhnya hidup ini hanya sementara. Kita dipinjamkan nyawa untuk terus menambah berat timbangan amal untuk kehidupan hakiki.

Tuesday, December 29, 2009

..::Kau Bukan Dihatiku Lagi::..


Sejak dua menjak ni aku selalu je terbaca pasal kes cerai, berpisah, kecewa bercinta dan seangkatan dengannya. Kalau setakat cerai sebab tak de persefahaman antara pasangan tu, aku tak kisah lagi tapi ni bercerai sebab kena dera. Tak sanggupnya aku dengar. Walaupun aku tak mengalaminya, tapi aku faham perasaan perempuan tu yang kena dera ngan suami lebih-lebih lagi yang panas baran + curang. Nauzubillah.. Dah tak ada akal ke ek manusia sekarang?


Dah lari tajuk plak. Entri ni sebenarnya bukan nak bercerita pasal hal orang lain, tapi aku nak cerita pasal diri aku sendiri. Bukan nak meraih simpati orang, cuma nak melupakan kenangan paling pahit dalam tahun 2009. Kan dah nak masuk tahun baru, so aku nak lupakan sume kenangan 2009 setibanya tanggal 010110 nanti.


Dah genap sebulan aku kembali single setelah Tuhan pinjamkan aku seorang insan bernama kekasih selama 5 tahun. Banyak kenangan aku bersama dia. 5 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. Walaupun sampai saat ni aku tak mengenali dia sepenuhnya, tapi pahit manis menjadi kekasih dia tetap bermain dalam ingatan aku. Dan sekarang, aku berjaya untuk melupakan dia. Kau bukan dihatiku lagi...


Bagi aku, dia memang seorang yang cukup lengkap. Boleh dikatakan dia menepati setiap ciri-ciri lelaki yang aku angankan. Pandai menjaga batas pergaulan dan ada ilmu agama. Tapi satu je yang aku tak suka tentang dia...panas baran. Aku cukup tak suka dengan lelaki yang panas baran. Lebih-lebih lagi pada wanita. Aku tak dapat terima bila kata-kata yang kasar bagi aku, keluar dari mulut dia. Sejak kecil, aku tak dididik untuk bercakap kasar sebegitu. Jadi, aku pun tak suka dengar orang cakap kasar dengan aku.


Aku bersyukur pada Allah kerana DIA telah beri aku petunjuk sebelum kami disatukan. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Aku tak cakap dia jahat, aku tak berdendam pun dengan dia. Aku dah maafkan dia seikhlas hati aku. Mungkin aku hanya ditakdirkan menjadi kekasih dia, bukan isteri. Dan mungkin diri aku tak sesuai untuk menjadi pasangan hidup dia. Mujur gak perpisahan ini terjadi masa aku belum ada jadi isteri dia. Aku tak sanggup kalau sekiranya aku jadi isteri dia, and then dia maki hamun aku bila dia marah. Aku seorang yang sangat sensitif. Ye, benar. Sensitif. Hati aku lembut. Cepat terguris dengan kata-kata yang kasar. Apatah lagi kena marah. Dengan adik aku pun aku boleh menangis, inikan pula dengan seorang lelaki a.k.a suami. Silap hari bulan, aku boleh masuk wad sakit jiwa sebab tertekan.


Dari awal perkenalan, memang semuanya indah. Semua yang bercinta pun rasa cam tu kan. Sangat epy sebab ada yang care pasal kita, yang sayang kita, yang selalu ada untuk kita. Hubungan aku selama 5 tahun tu selalu ada pasang surut. Mungkin kat situ aku boleh nampak yang kami tak serasi, tapi aku butakan mata aku sebab sayangkan dia. Aku banyak bersabar dengan dia. Boleh dikatakan aku tak menjadi seperti diri aku bila bersama dengan dia. Banyak yang aku ubah untuk menyenangkan hati dia. Biasalah, dah nama pun kekasih. Mesti nak jadi yang terbaik di mata dia kan. Apa yang aku tak puas hati, aku diamkan je. Aku tak pernah nak marah dia. Aku sabar je. Tapi pada tahun terakhir hubungan kami, banyak pahit dari manisnya. Macam-macam hal yang terjadi. Sampaikan satu tahap, aku rasa dah tak boleh nak teruskan. Tapi masa tu aku tak cakap pun dengan dia. Aku diamkan je. Sebab aku tak sanggup lukakan hati dia kalau aku mintak putus.


Akhirnya 2 hari sebelum Aidiladha, di mana genap setahun kami bertunang..dia putuskan hubungan kami. Masa tu dah tak ada air mata lagi yang keluar sebab dah abis dah air mata ni mengalir pada perpisahan-perpisahan sebelum ni. Aku dah tak rasa apa-apa pun. Terima dengan redha.


Aku harap lepas ni kalau aku bercinta lagi, biarlah ianya selepas perkahwinan. Aku tak nak merugikan masa aku bercinta terlalu lama dan memberi sepenuhnya kasih sayang dan kepercayaan kepada orang yang belum tentu menjadi milik aku. Sekarang, aku bahagia dengan hidup aku. Pergilah jauh-jauh wahai kenangan. Aku dah tak nak ingat dah semua tu. Hati aku dah terbuka untuk menerima cinta yang baru. Takkan ada erti serik dalam kamus hidup aku mengenai cinta. Semoga pertemuan yang akan datang adalah cinta terakhir buatku.


notakaki:cuba untuk belajar dari kesilapan.
pengalaman mengajar kita menjadi orang yang lebih berhati-hati.
tuhan takkan berhenti menguji.
terpulang pada kita bagaimana untuk mengatasi kesedihan dan kekecewaan.
bagi aku, ini cara aku, hidup aku.
takdir dah menetapkan aku terluka di saat ini, supaya aku lebih tabah di masa hadapan.
untuk awak, saya ucapkan terima kasih kerana menjaga saya dulu.
terima kasih untuk segalanya.
semoga awak temui insan yang benar-benar sempurna untuk diri awak.



Sunday, December 27, 2009

..::Kembali Ke Sarang::..


Setelah seminggu bercuti, aku kembali ke sarang aku semula. Indahnya percutian. Kalau setiap hari bersama keluarga tercinta alangkah bahagianya. Tambahan pula ada si kecil yang banyak celoteh tu, siapa lagi kalau bukan Annisa Farihah. Sejak dia datang ke rumah, rumah tak pernah senyap. Ada saja keceriaan yang dia bangkitkan. Kalau tak petah bercakap, dia akan menyanyi. Cepat betul menghafal..kalau ada anak secerdas itu, aku pun mahu.


Kini tibalah masa untuk bergelumbang dengan kertas-kertas tugasan semula. Sunyi sebentar hidup. Perlu cari keriuhan itu semula untuk mulakan kerja. Malam ini, aku cuma mahu merehatkan diri setelah seharian memandu dari timur ke utara seorang diri. Pemanduan pertama yang cemerlang. Tahniah untuk diri sendiri.


Nanti aku uploadkan gambar percutian aku bersama keluarga terutamanya gambar anak buah aku yang paling kecil. Sungguh comel. Geram dengan pipinya yang tembam. Sudah pandai menegur orang.



Thursday, December 17, 2009

..::Salam Maal Hijrah::..


Alhamdulillah, usia masih dipanjangkan sehingga dapat menyambut tahun baru Islam.


Salam MaalHijrah 1431
(memantapkan Ukhuwah Dan Memperkasa Ummah)


Sebagaimana penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah demi agama suci kita, agama Islam..begitu juga dengan diri aku. Berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan, tak kiralah dari segi perangai, sikap, tahap ilmu dan sebagainya. Seperti ceramah yang baru je aku hadiri di Masjid An-Nur tadi.


Firman Allah
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kedamaian dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah." (QS Al Anfal 72)



Wednesday, December 16, 2009

..::2010::..


Tinggal setengah bulan je lagi untuk melangkah ke tahun yang baru. 2010 akan menjelma tak lama lagi. Azam tahun baru? Hurm, azam tahun lama pun masih ada yang belum tercapai. Yang tak tercapai pun ada. Yela, kita merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.


Hari ni merupakan hari terakhir aku mengajar. Alhamdulillah, selesai juga. Perit untuk menghabiskan kelas ketika perasaan dan keadaan diri yang tak sihat. Tadi, aku hanya menyuruh pelajar-pelajarku membuat ulangkaji dan menyalin kembali jawapan untuk ujian minggu lepas. Mujur mereka faham dengan keadaan aku. Melihat wajah mereka yang ceria, aku rasa bagaikan mahu kembali ke usia muda, zaman kanak-kanak. Hidup penuh dengan keceriaan dan kegembiraan di samping keluarga dan kawan-kawan. Bila dah dewasa ni, kena pilih salah satu je. Kawan atau keluarga. Belajar jauh dari keluarga sedikit sebanyak mengajar aku berdikari tapi rindu yang menggunung tu la yang sukar untuk ditarah.


Gaji pertama sudah berada ditangan. Alhamdulillah, walau tak seberapa ia datang dari hasil titik peluh aku sendiri. Jerih usaha aku selama ini. Panggilan 'cikgu' akan tetap kekal sampai bila-bila. Pernah sekali aku ke kedai, pelajarku menegurku dari jauh. Terasa bagaikan besarnya makna seorang guru itu.


InsyaAllah, tahun baru yang akan tiba nanti menjadi tahun baru buat aku. Baru dalam setiap segi. Baru dari kenangan lama, baru dari sifat lama, baru dari pencapaian lama. Akan aku buktikan yang aku juga boleh berjaya dengan sendiri. Tak perlu bergantung hidup pada yang lain kecuali Allah. Usia makin meningkat, fikiran semakin matang. InsyaAllah, aku akan mengingati suatu perkara yang tak pernah aku sedari ianya adalah kelemahan diri aku sendiri. Aku akan ubah.


Anda pula bagaimana? Sudah ada azam untuk tahun baru? Let share with me..(^_^)



..::Tak Pernah Menyesal::..


Mengapa ku harus menangis

Menyesali kepergianmu
Aku harus setegar karang
Kukuh berdiri di lautan

Yang takkan hancur kerana
Ombak yang tak tentu menerjang
Tak pernah menyesal
Mengenal dirimu

Jalan yang kutempuh
Telah tertuju pada mu
Ku takkan sesali
Pengalaman cinta ini

Mungkin kau pernah terluka
Jalanku tanpa dirimu

nota kaki:pengalaman mendewasakan seseorang, mematangkan fikiran dan menjadikan seseorang itu lebih berhati-hati.
aku bahagia dengan takdir yang ditentukan.
pengalaman terindah yang dianugerahkan.



Older Posts